Thursday, April 26, 2018

5 pekara anda perlu tahu sebelum renew Insuran dan roadtax kereta

Disini saya ingin berkongsi 5 pekara yang anda perlu semak sebelum anda proses renew Insuran kereta dan roadtax anda. Secara asasnya didalam proses ini ada dua organisasi yang terlibat iaitu:-
Syarikat Insuran
Pihak JPJ atau Pihak Myeg
Anda terpaksa berurusan dengan dua badan yagn berkait rapat ini untuk anda perbaharuan Insuran kereta dan Roadtax.Berikut adalah 5 pekara anda perlu tahu semasa berurusan dengan 2 pihak diatas.
1)  Semak Tarikh Tamat Insuran dan Roadtax
Pastikan anda tahu tarikh mati cukai jalan atau tamat tempoh road tax anda. Sila semak tarikh yang tercetak di atas road tax kenderaan. Anda lebih baik anda set kan satu reminder khas di dalam smarphone anda seminggu sebelum tarikh tamat roadtax.
2)  Pastikan anda membawa geran kenderaan bersama
Adalah sangat penting untuk anda membawa geran anda bersama di dalam proses ini. Oleh kerana harga insuran dan roadtax kereta adalah berlainan bagi setiap kereta disebabkan perbezaan dari segi CC, Model Kereta, Tahun kereta, umur pemilik dan sebagainya...
Bagi wanita maklumat ini mungkin adalah sedikit rumit bagi anda, adalah lebih baik untuk anda membawa geran asal/salinan bersama. Dalam proses renew roadtax pula jika anda perurusan dengan pihak JPJ anda perlu kan geran asal untuk pihak JPJ mencetak maklumat khas di belakang geran sebelum anda mendapatkan roadtax kereta anda.
Macam mana pulak kalau geran ada di bank? Adalah di nasihatkan anda mempunyai salinan photostat geran tersebut waupun geran asal ada di pihak bank. Harga Insuran adalah sangat berbeza setiap tahun.
Ada dua cara untuk memperbaharui cukai kenderaan anda iatu :-
a) Terus ke pejabat JPJ (Anda akan Bakal Merana Menuggu)
b) Kiosk Myeg ( Lebih mudah dan ada cas tambahan)
3) Pastikan Kenderaan anda bebas saman
Jika kenderaan anda mempunyai saman traffik anda terpaksa  membayar sejumlah saman tersebut. Ini adalah disebakan anda tidak akan dibenarkan untuk memperbaharu Roadtax kenderaan anda. Semua rekod traffik akan di sambungan khas ke semua sistem JPJ.
4) Semak harga pasaran kenderaan anda
Anda bolen menyemak harga pasara kenderaan anda di Google. Harga pasaran adalah sangat penting kerana ia mepergaruh sejumlah besar harga insuran kenderaan anda.
Anda sepatutnya mengambil jumlah pelindungan (Sum Insured) bersamaan dengan harga pasaraan kenderaan anda. Oleh sebab, jika berlaku sebarang kemalangan pihak insuran akan menampung sume kos baik pulis maxiumum sehingga jumlah harga pasaran kereta anda (sum insured).
5) Semak Nilai NCD Anda
Sebelum kita teruskan, saya akan terangkan sedikit  mengenai NCD bagi mereka yang tidak tahu. Jika anda sudah tahu, boleh langkau bahagian ini.
NCD adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa memperbaharui insuran kereta dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberi, tetapi anda akan mendapat diskaun mengikut jadual dibawah untuk tahun-tahun seterusnya. Oleh itu adalah penting anda semak NCD setiap tahun.
Berikut merupakan 5 pekara penting yang anda perlu tahu sebelum renew Insuran kereta dan roadtax anda. Jika ada sebrang pertanyaan tinggalkan komen anda di bawah.

0 comments:

Post a Comment