Insurans Kereta

Kami Membantu Anda Mendapatkan Insurans Kereta Yang Bersesuaian Dengan Keperluan Anda

Insurans Am

Sudahkah Harta Anda dilindungi Insurans. Malang Tidak Berbau. Kami Sedia Membantu Anda.

Thursday, December 28, 2023

Kiropraktik: Penyelesaian Holistik untuk Slip Disk dan Bahu Kaku

 Dalam era moden ini, gaya hidup yang sibuk dan tekanan harian boleh memberi kesan kepada kesihatan tulang belakang dan sistem muskuloskeletal kita. Kiropraktik muncul sebagai penyelesaian holistik yang menawarkan pemulihan tanpa pembedahan untuk masalah umum seperti slip disk dan bahu kaku.

Slip disk adalah keadaan di mana disk yang berfungsi sebagai bantalan di antara tulang belakang tergelincir atau pecah. Ini boleh menyebabkan tekanan pada saraf, mencetuskan rasa sakit dan kelemahan. Di pihak lain, bahu kaku atau frozen shoulder adalah keadaan di mana pergerakan bahu menjadi terhad akibat keradangan pada kapsul sendi bahu.

Kiropraktor, yang mendapat latihan khusus dalam merawat gangguan muskuloskeletal, menawarkan pendekatan yang terintegrasi untuk mengatasi masalah ini. Dalam rawatan slip disk, kiropraktor menggunakan teknik penyesuaian tulang belakang untuk mengembalikan disk ke kedudukan semula dan mengurangkan tekanan pada saraf. Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit, meningkatkan mobiliti, dan memudahkan proses penyembuhan semula jadi tubuh.

Sementara itu, untuk bahu kaku, kiropraktor memberi tumpuan kepada meningkatkan mobiliti dan kebolehtelapan bahu. Dengan rangkaian senaman dan penyesuaian sendi yang lembut, kiropraktor membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan pergerakan sendi. Selain itu, pendekatan kiropraktik memperhatikan keseimbangan keseluruhan tubuh, bukan hanya mengatasi gejala secara tempatan.

Salah satu kelebihan kiropraktik adalah pendekatannya yang semulajadi dan tidak invasif. Tanpa menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan, kiropraktik memberikan alternatif yang selamat dan berkesan untuk mengatasi masalah muskuloskeletal. Pendekatan ini juga memberi tumpuan kepada pencegahan, dengan kiropraktor memberikan nasihat mengenai perubahan gaya hidup, postur, dan senaman untuk mencegah kekambuhan masalah ini.

Selain itu, banyak pesakit melaporkan pemulihan tidak hanya dalam gejala fizikal, tetapi juga dalam kesejahteraan umum mereka selepas menerima rawatan kiropraktik. Rawatan kiropraktik memahami bahawa tubuh kita adalah sistem yang bersambungan, dan keseimbangan antara tulang belakang, sistem saraf, dan otot sangat penting untuk kesihatan secara menyeluruh.

Namun, adalah penting untuk diingat bahawa sebelum memulakan rawatan kiropraktik, perundingan dengan profesional kesihatan perlu dilakukan untuk memastikan bahawa kaedah ini sesuai dan selamat untuk keadaan pesakit. Kiropraktik boleh menyediakan penyelesaian yang berkesan untuk slip disk dan bahu kaku, membuka peluang bagi banyak individu untuk mencapai kesihatan tulang belakang dan muskuloskeletal yang optimum. Kami di Terapi Riski di kalumpang, berdekatan tanjung malim menyediakan penyelesaian yang efektif untuk masalah tulang belakang dan muskuloskeletal tanpa pembedahan. Jangan biarkan rasa sakit menghalang kehidupan anda. Hubungi kami sekarang untuk janji temu konsultasi.

Thursday, April 26, 2018

Testimoni Kami

Berikut adalah Testimoni Yang kami perolehi dari Customer kami. Kami amat komited didalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. Boleh hubungi kami untuk keterangan Lanjut.




Wakil takaful/insurans am dan kenderaan batang kali, rasa, kuala kubu bharu dan bukit beruntung

Kami adalah Wakil Takaful/ Insurans Am dan Kenderaan di Rasa. Jajahan Kami adalah sekitar batang kali, rasa, kuala kubu bharu dan bukit beruntung.

Kami telah beroperasi selama 13 tahun, sejak dari Tahun 2005 lagi. Anda boleh datang ke kedai kami yang berada di alamat berikut:-

No 4, Gerai MDHS,
44200 Rasa,
Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui no berikut:-

019 3121973
(Harun)

Berikut adalah gambar sekitar kedai kami di Rasa, Selangor.




5 pekara anda perlu tahu sebelum renew Insuran dan roadtax kereta

Disini saya ingin berkongsi 5 pekara yang anda perlu semak sebelum anda proses renew Insuran kereta dan roadtax anda. Secara asasnya didalam proses ini ada dua organisasi yang terlibat iaitu:-
Syarikat Insuran
Pihak JPJ atau Pihak Myeg
Anda terpaksa berurusan dengan dua badan yagn berkait rapat ini untuk anda perbaharuan Insuran kereta dan Roadtax.Berikut adalah 5 pekara anda perlu tahu semasa berurusan dengan 2 pihak diatas.
1)  Semak Tarikh Tamat Insuran dan Roadtax
Pastikan anda tahu tarikh mati cukai jalan atau tamat tempoh road tax anda. Sila semak tarikh yang tercetak di atas road tax kenderaan. Anda lebih baik anda set kan satu reminder khas di dalam smarphone anda seminggu sebelum tarikh tamat roadtax.
2)  Pastikan anda membawa geran kenderaan bersama
Adalah sangat penting untuk anda membawa geran anda bersama di dalam proses ini. Oleh kerana harga insuran dan roadtax kereta adalah berlainan bagi setiap kereta disebabkan perbezaan dari segi CC, Model Kereta, Tahun kereta, umur pemilik dan sebagainya...
Bagi wanita maklumat ini mungkin adalah sedikit rumit bagi anda, adalah lebih baik untuk anda membawa geran asal/salinan bersama. Dalam proses renew roadtax pula jika anda perurusan dengan pihak JPJ anda perlu kan geran asal untuk pihak JPJ mencetak maklumat khas di belakang geran sebelum anda mendapatkan roadtax kereta anda.
Macam mana pulak kalau geran ada di bank? Adalah di nasihatkan anda mempunyai salinan photostat geran tersebut waupun geran asal ada di pihak bank. Harga Insuran adalah sangat berbeza setiap tahun.
Ada dua cara untuk memperbaharui cukai kenderaan anda iatu :-
a) Terus ke pejabat JPJ (Anda akan Bakal Merana Menuggu)
b) Kiosk Myeg ( Lebih mudah dan ada cas tambahan)
3) Pastikan Kenderaan anda bebas saman
Jika kenderaan anda mempunyai saman traffik anda terpaksa  membayar sejumlah saman tersebut. Ini adalah disebakan anda tidak akan dibenarkan untuk memperbaharu Roadtax kenderaan anda. Semua rekod traffik akan di sambungan khas ke semua sistem JPJ.
4) Semak harga pasaran kenderaan anda
Anda bolen menyemak harga pasara kenderaan anda di Google. Harga pasaran adalah sangat penting kerana ia mepergaruh sejumlah besar harga insuran kenderaan anda.
Anda sepatutnya mengambil jumlah pelindungan (Sum Insured) bersamaan dengan harga pasaraan kenderaan anda. Oleh sebab, jika berlaku sebarang kemalangan pihak insuran akan menampung sume kos baik pulis maxiumum sehingga jumlah harga pasaran kereta anda (sum insured).
5) Semak Nilai NCD Anda
Sebelum kita teruskan, saya akan terangkan sedikit  mengenai NCD bagi mereka yang tidak tahu. Jika anda sudah tahu, boleh langkau bahagian ini.
NCD adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa memperbaharui insuran kereta dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberi, tetapi anda akan mendapat diskaun mengikut jadual dibawah untuk tahun-tahun seterusnya. Oleh itu adalah penting anda semak NCD setiap tahun.
Berikut merupakan 5 pekara penting yang anda perlu tahu sebelum renew Insuran kereta dan roadtax anda. Jika ada sebrang pertanyaan tinggalkan komen anda di bawah.